the best resipi in the world..

d'dapuranies

Thursday, 29 April 2010

pop corn homemade

1 sudu besar mentega


2 sudu besar minyak masak

jagung kering secukupnya

garam secukup rasa

Tambah Karamel [Optional]

1 sudu mentega/margerin

3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

Tambah Coklat [Optional]

60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Amik ngkooo!!!... 1 piuk popcorn ni sebelom di makeup...




Cara-cara:-

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.

2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.

3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..

4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)


Untuk Karamel [Optional]

Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.



Untuk Coklat [Optional]

Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.
 
 
NOTE:RESEPI NIE SY AMBIL DR WAHEDA...LEPAS PANTANG NK TRY WAT LA

choclate chip cookies(rangup)

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


250g butter

100g gula perang (brown sugar)

100g gula kastor (castor sugar)

300g tepung top (top flour)

100g chocolate chips ( saya suka gunakkan Hershey semi sweet chips)

100 g wallnut/pecan (kalau tak suka kacang gantikan dgn chocolate chip)

50g koko

1 sudu tea baking powder

1 butir telur



cara

tepung, baking powder dan koko diayak rata.

pukul mentega sehingga separuh kembang. masukkan gula. pukul lagi sehingga kembang. mskkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. mskkan chocolate chips, kacang gaul. baru mskkan adunan tepung yg sudah diayak tadi.

gunakan 2 sudu dan buat kecil seperti telur burung. dan di bakar selama 17 mint dgn api 170 C

Saturday, 24 April 2010

kek kukus mocha

p/s: anies dh cube buat kek nie..hmmm sedap...hubby pun kata sedap...cuba la


Bahan A

250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B

2 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C

1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }


Cara :

1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.

2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].

3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.

4. Panaskan kukusan.

5. Tuang adunan dalam acuan .

6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

Friday, 18 September 2009

KAD RAYA PENGANTI DIRI

Di kesempatan ini anies ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Minnal Aidil Wal Faizin kepada semua pengunjung-pengunjung/pengikut-pengikut tetap yang selalu skodeng saja di dapuranies n epoyanies.blogspot selama ini dan kot ada yang singgah sahur sepanjang Ramadhan ni..hehe. anies ingin menyusun jari sepuluh memohon berbanyak-banyak maaf di atas segala kesilapan (sudah tentunya ada kan..) yang tidak disengajakan sama ada dari segi tutur kata, gurau senda, usik-mengusik serta tingkah laku anies yang mungkin menyinggung rasa sama ada di alam siber ini, telefon, sms, ym segala laaahhhh...tiada niat yang tidak baik...hanya sekadar memeriah dan menceriakan tali silaturrahim yang terjalin di sini...Maaf dipinta sekali lagi...

Dengan itu, sudi2 kan terima kad tanda ingatan dari anies ni untuk digantung di rumah masing-masing sebagai tanda terima kasih anies kepada kalian yang tidak jemu-jemu bertegur sapa, memberi tunjuk-ajar, nasihat dan menceriakan hati anies di sini..Diharapkan Ramadhan yang bakal berlalu akan memberi kesan dan keinsafan sepenuhnya dan Syawal yang dinanti akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang asal dan membawa kebaikan dalam diri kita...Amiiinnnn...Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan rahmat dan hidayah oleh Allah swt.

Kepada yang akan balik kampung tu, beringat2 dan berhati2 lah ketika di jalanraya...Sesungguhnya Syawal adalah bulan untuk meraikan kemenangan dan kita sambutlah kedatangannya dengan penuh kesyukuran...Jangan lupa, disunatkan juga berpakaian seadanya...Makan ketupat dan lemang tu, ingat2 lah anies di sini eh..hehe...Salam sayang dari anies untuk kalian semua...

Saturday, 12 September 2009

kad raya dr kak zai

kepada kak zai tq..salam lebaran



Saturday, 15 August 2009

tart nenas








Tart Nenas Gulung Sumbangan anies

Versi 1 - Ukuran in Metrik
1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara cara
-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati

Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.

tip anies : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah.. anies sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering.

Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus ..tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok..last sapukan kuning telor..

Versi 2 - Campak pula
1 cawan butter.
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula.
2 sudu besar tepung jagung bumbun.
2 1/2 sudu besar tepung kastard bumbum.
1 sudu besar susu tepung.
2 1/2 cawan tepung gandum.

anies rasa hasilnya tetap sama..campak ker + ikut betul betul ker still sama..:)). Dengan syarat kena masukkan semua tepung diatas.. selamat mencuba.



tip anies : Jika nak jem color kuning elok, kena masak air gula dulu, baru letak nenas then jem akan jadi color kuning yg berkilat.. tapi jika kawan kawan nak jem color perang sedikit seperti dibawah , letak gula terus kedalam nenas dan masak atas api. Then color akan jadi keperangan.. mudah ajaa kannnn :)) ..anies dan family suka yg color perang then anies selalu masukan nenas dengan gula terus dan masak atas api, kena kacau selalu laa yaaa kalau tak hangus karang. :)) Tart Nenas Gulung Sumbangan anies

Versi 1 - Ukuran in Metrik
1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
1 biji kuning telor.
1 suduteh asen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara cara
-sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( anies hanya guna spatula aja)
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung..gaul sebati
-tepung gandum..gaul sebati

Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.. bakar 350F selama 17-19 minute.

tip anies : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak skit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah.. anies sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering.

Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus ..tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok..last sapukan kuning telor..

Versi 2 - Campak pula
1 cawan butter.
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar gula.
2 sudu besar tepung jagung bumbun.
2 1/2 sudu besar tepung kastard bumbum.
1 sudu besar susu tepung.
2 1/2 cawan tepung gandum.

anies rasa hasilnya tetap sama..campak ker + ikut betul betul ker still sama..:)). Dengan syarat kena masukkan semua tepung diatas.. selamat mencuba.

tips anies : Jika nak jem color kuning elok, kena masak air gula dulu, baru letak nenas then jem akan jadi color kuning yg berkilat.. tapi jika kawan kawan nak jem color perang sedikit seperti dibawah , letak gula terus kedalam nenas dan masak atas api. Then color akan jadi keperangan.. mudah ajaa kannnn :)) ..anies n family suka yg color perang then baya selalu masukan nenas dengan gula terus dan masak atas api, kena kacau selalu laa yaaa kalau tak hangus karang. :))

LONDON ALMOND

250 GM BUTTER
125 GM GULA ICING
100 GM TEPUNG JAGUNG
200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU)
250 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT)

1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT.
3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA.
4. BAKAR
5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR)

Komen : Ini meru
pakan secret resipe Puan Rozita so cuba jangan tak cuba.

………………………………………………………………… Almond London (Amy Beh)
Sumber : Kuali, The Star

Bahan
125g butter
75g gula icing
1 kuning telur

Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras

300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas

Cara
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175�C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.