the best resipi in the world..

d'dapuranies

Thursday, 29 April 2010

pop corn homemade

1 sudu besar mentega


2 sudu besar minyak masak

jagung kering secukupnya

garam secukup rasa

Tambah Karamel [Optional]

1 sudu mentega/margerin

3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)

Tambah Coklat [Optional]

60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Amik ngkooo!!!... 1 piuk popcorn ni sebelom di makeup...




Cara-cara:-

1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.

2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.

3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..

4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)


Untuk Karamel [Optional]

Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.



Untuk Coklat [Optional]

Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.
 
 
NOTE:RESEPI NIE SY AMBIL DR WAHEDA...LEPAS PANTANG NK TRY WAT LA

choclate chip cookies(rangup)

CHOCOLATE CHIPS COOKIES


250g butter

100g gula perang (brown sugar)

100g gula kastor (castor sugar)

300g tepung top (top flour)

100g chocolate chips ( saya suka gunakkan Hershey semi sweet chips)

100 g wallnut/pecan (kalau tak suka kacang gantikan dgn chocolate chip)

50g koko

1 sudu tea baking powder

1 butir telur



cara

tepung, baking powder dan koko diayak rata.

pukul mentega sehingga separuh kembang. masukkan gula. pukul lagi sehingga kembang. mskkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. mskkan chocolate chips, kacang gaul. baru mskkan adunan tepung yg sudah diayak tadi.

gunakan 2 sudu dan buat kecil seperti telur burung. dan di bakar selama 17 mint dgn api 170 C

Saturday, 24 April 2010

kek kukus mocha

p/s: anies dh cube buat kek nie..hmmm sedap...hubby pun kata sedap...cuba la


Bahan A

250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B

2 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C

1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }


Cara :

1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.

2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].

3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.

4. Panaskan kukusan.

5. Tuang adunan dalam acuan .

6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.